Tanah runtuh Hulu Langat 2011

Tanah runtuh Hulu Langat 2011
Pemandangan kesan tanah runtuh di belakang Madrasah Anak-anak Yatim Al Taqwa.
Tarikh21 Mei 2011
Masa2:20 petang UTC+8 MST
LokasiBatu 14, Jalan Cheras, Hulu Langat, Selangor
PenyebabTanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berterusan
Kematian16
Kecederaan9

Tragedi tanah runtuh Hulu Langat 2011 terjadi pada 21 Mei 2011 jam 2.20 petang (waktu tempatan) di sebuah premis di Jalan Felcra Semungkis, Kampung Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.[1] Lokasi ini kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur dan 10 kilometer dari bandar Kajang. Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terperangkap apabila berlaku tanah runtuh di belakang asrama mereka, selepas hujan lebat, menyebabkan 25 orang penghuninya tertimbus, kebanyakannya anak-anak yatim di bawah umur 18 tahun.

Setelah operasi penyelamatan selesai, didapati seramai 16 orang maut dan sembilan lagi cedera dalam kejadian ini.[2] Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Kajang.

  1. ^ "Tanah runtuh: 24 orang termasuk kanak-kanak tertimbus". Utusan Online. 2011-05-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 2011-05-22.
  2. ^ "Tanah runtuh: Senarai nama mangsa". The Malaysian Insider. 2011-05-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada 2011-05-22.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search